KUALA LUMPUR – Pengalaman luas Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain dalam bidang penguatkuasaan wajar dimanfaatkan sebaiknya, daripada terus membiarkannya ‘tersimpan’ di Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berpandangan bahawa bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman itu paling layak diserapkan sebagai anggota pasukan petugas khas antara agensi yang memburu kegiatan jenayah kewangan dan sindiket mafia korporat.
Menurut beliau, langkah melantik Shuhaily bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan, malah mampu menjejaki dalang serta kroni di disebalik skandal kewangan berskala besar itu dengan lebih cekap.
Terdahulu, kerajaan melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menggerakkan pasukan petugas khas melibatkan pelbagai agensi utama seperti SPRM, PDRM, LHDN dan Bank Negara bagi membanteras kegiatan rasuah serta penyelewengan ekonomi negara.