Khabar baik buat peminat jenama kereta nasional! Model-model masa depan Proton nampaknya bakal tampil lebih cerdik dan berteknologi tinggi apabila disahkan bakal menerima sistem info zap Google Built-in secara terus pada papan pemuka mereka.

Langkah hebat ini menyusuli kerjasama strategik global antara Zhejiang Geely Holding Group (ZGH) dengan pihak Google bagi membawakan perisian canggih ini kepada jenama-jenama di bawah naungan mereka.
Berdasarkan rancangan, kemudahan yang merangkumi perkhidmatan seperti pembantu peribadi pintar Gemini dan Google Maps ini dijadualkan mula menemui pengguna bermula separuh kedua tahun 2027 untuk pasaran luar China dan Amerika Syarikat.
Kerjasama ini bukan sahaja melibatkan Proton, malah turut merangkumi jenama kereta lain di bawah payung Geely seperti Volvo, Lynk & Co, Riddara, dan smart—memberikan pengalaman pemanduan yang jauh lebih lancar, intuitif dan mesra pengguna kepada pemilik kenderaan.